SERDANG, 24 Ogos (Bernama) — Kira-kira 90 peratus daripada 1,500 gerai yang ditawarkan pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan AgroPelancongan Antarabangsa (MAHA) 2016 telah ditempah, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata setakat ini acara dwitahunan yang akan berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini pada 1 hingga 11 Dis itu telah menjana RM20 juta daripada hasil jualan gerai dan penajaan sektor korporat.

“Kita percaya jumlah jualan daripada gerai-gerai yang akan dihasilkan sepanjang MAHA 2016 adalah antara RM200 hingga RM300 juta dan ini tidak termasuk tempahan dari luar negara,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen publisiti ’99 hari menjelang MAHA 2016, hari ini…..

 

 

14102165_975163862582564_3239242524971478428_n

14089193_975164382582512_4179653268862285644_n

 

 

 

 

 

 

 

 

14054108_975164245915859_5527745164522819764_n

14088472_975164002582550_5750445966274626970_n

 

 

 

 

 

 

SUMBER : BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1276314

Comments are closed.