BALING, 2 Jun (Bernama) — Bekalan makanan sempena Ramadan ini dijangka mencukupi untuk memenuhi permintaan rakyat negara ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, walaupun berlaku kenaikan harga pada barang makanan seperti cili dan sayur pada musim El-Nino lalu, keadaan itu semakin pulih sekarang.

“Cuma kita akan pantau dari segi bekalan ayam dan ikan, contohnya di Kedah sendiri walau berlaku El-Nino, ikan rakyat seperti ikan kembung didapati mendarat dengan lebih banyak walaupun El-Nino berlaku.

SUMBER : BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1251855

Comments are closed.