BESUT, 14 Sept (Bernama) — Buat julung kalinya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan melancarkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menggerakkan amalan gotong-royong dalam kalangan petani dan peserta industri penanaman padi di negara ini mulai bulan depan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) kementerian itu, Badrulhisham Mohamad berkata, buat permulaan pihaknya akan memfokuskan kerja-kerja membersih dan mencantikan sepanjang lebih 250 kilometer sistem tali air penanaman padi di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara(KETARA) di Besut dan Setiu.

“Program akan dilancarkan pada 22 Oktober depan membabitkan beberapa agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, kontraktor pertanian dan petani serta pihak berkuasa seperti Rela (Jabatan Sukarelawan Malaysia), bomba dan Polis Diraja Malaysia…..

 

SUMBER : BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1282633

Comments are closed.