Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato` Seri Ahmad Shabery Cheek menyatakan penganjuran Sukan MOA 2017 yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) adalah yang terbaik sepanjang lapan edisi program tersebut dijalankan.

Katanya, MADA telah dilantik dan diamanahkan sebagai Tuan Rumah bagi Sukan MOA 2017 dengan kerjasama Kelab/Persatuan/Majlis/Badan Sukan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian serta Pertubuhan Sukan yang tertentu termasuk pihak swasta.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penutup Sukan MOA 2017 di Universiti Utara Malaysia pada 7 Februari 2017.

Dalam majlis tersebut beliau turut menyampaikan Piala Pusingan kepada jabatan dan agensi yang menjadi juara bagi setiap sukan yang dipertandingkan.

Jabatan Pertanian telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi Sukan MOA 2017.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut Timbalan Menteri Kewangan 1 merangkap Pengerusi MADA, Dato` Othman Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato` Seri Dr. Ismail Haji Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian dan Industri Asas Tani, Encik Badrul Hisham Mohd.

Sukan MOA 2017 atau lebih dikenali Program Kecemerlangan dan Kecergasan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diadakan bertujuan mengeratkan silaturahim antara anggota jabatan dan agensi di bawah Kementerian selain mewujudkan budaya gaya hidup sihat serta meperkukuhkan semangat berpasukan dalam mencapai matlamat terutamanya dalam membantu golongan sasar seperti peladang, penternak dan nelayan meningkatkan taraf hidup serta mendaulatkan makanan negara.

Sebanyak 21 jenis sukan dipertandingkan dengan penyertaan hampir 2,200 atlet dari 13 jabatan dan agensi di bawah Kementerian menyertai program tersebut yang dijalankan selama lima hari di Universiti Utara Malaysia.

 

 

Comments are closed.