MENGENAI MADA

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah ditubuhkan pada 30 Jun 1970 di bawah satu Dekri Darurat dengan nama asalnya ialah Pehak Berkuasa Kemajuan Pertanian Muda. Ianya kemudian telah ditukarkan kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Akta 70, Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, 1972.

Tugas-Tugas MADA

Di bawah akta tersebut, MADA telah diamanahkan untuk mendukung tugas-tugas seperti yang digariskan iaitu:-

bullet
Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Muda.
bullet
Merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Muda apa-apa kemajuan pertanian mengikut sebagaimana yang diperuntukkan kepadanya oleh pihak berkuasa negeri bagi negeri Kedah dan negeri Perlis.

Matlamat MADA

MADA juga telah menetapkan 2 matlamat utama iaitu memajukan kesejahteraan hidup sebilangan besar penduduk desa dan melebihkan hasil untuk keperluan Negara.

Fungsi-Fungsi MADA

Bagi memastikan matlamat yang ditetapkan dapat dicapai dengan jayanya, MADA telah menetapkan fungsi-fungsi utama yang harus dilaksanakan dengan efisien dan efektif iaitu:

bullet
Menyediakan perkhidmatan pertanian dan infrastuktur pengairan bagi memenuhi keperluan beras Negara.
bullet
Menguruskan sumber air secara cekap dan berkesan.
bullet
Meningkatkan pendapatan peladang melalui aktiviti bukan padi.
bullet
Memajukan industri asas tani dan mewujudkan usahawan yang bertaraf komersil.
bullet
Membentuk dan membangunkan institusi peladang.
bullet
Mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat peladang

 

Matlamat Utama MADA

bullet
Memajukan Kesejahteraan Hidup Sebilangan Besar Penduduk Desa.
bullet
Melebihkan Hasil Untuk Keperluan Negara.

Visi

bullet
Peneraju industri padi Negara dan pembangunan sosio-ekonomi peladang MADA

Misi

bullet
Mentransformasikan Industri Padi ke tahap Moden, Cekap, Mapan & Kompetetif.
bullet
Mempergiatkan penglibatan peladang dalam keseluruhan rantaian nilai (Total Value Chain) industri padi dan beras.
bullet
Memaksimumkan pendapatan peladang melalui pelbagaian sumber.
bullet
Memajukan institusi peladang sebagai entity ekonomi yang berdaya saing.

Motto

bullet
MADA – Nadi Jelapang Padi Negara