ALOR SETAR: Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dipergiatkan sepanjang bulan ini di kawasan empangan dan tadahan air di seluruh negara, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau.

Beliau berkata proses itu perlu dilakukan setiap hari memandangkan hanya awan jenis kumulus yang boleh menghasilkan hujan berbanding beberapa jenis awan lain.

“Hanya awan kumulus yang sesuai dan mampu menghasilkan hujan.

Amat kritikal bagi kita tingkatkan sumber air di empangan dan kawasan tadahan air dalam tempoh singkat ini.

“Setakat ini, kita hanya menerima hujan sekitar 16 peratus sahaja dan perlu dipergiatkan proses pembenihan awan setiap hari bagi menghasilkan hujan,” katanya pada perasmian Karnival Sains Bagi Program Inovasi Sosial MOSTI-Duta Sains Jerlun di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun di sini, hari ini.

Menurutnya perubahan angin monsun Barat Daya pada Jun hingga September ini menyebabkan tiada awan kumulus dan ia menyukarkan proses mendapatkan hujan selepas proses OPA.

Sekiranya pembenihan awan dilakukan sepanjang Mei hingga Julai dan menghasilkan hujan yang banyak, katanya ia mampu untuk memenuhkan kawasan tadahan dan empangan di seluruh negara ini. – BERNAMA

SUMBER :BERITA HARIAN

http://www.bharian.com.my/node/152236

Comments are closed.