Persidangan Halatuju Industri Padi 2016 dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bertempat di Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar, Alor Setar pada 23 Mei 2016. Persidangan ini berlangsung selama 3 hari bermula pada 23 hingga 25 Mei 2016 dan dihadiri seramai 110 orang yang terdiri daripada Syarikat Swasta, persatuan dan pertubuhan, agensi dan jabatan kerajaan serta institusi penyelidikan yang terlibat dalam sektor padi.

Comments are closed.