Seminar Pengukuhan Tadbir Urus Pertubuhan Peladang Kawasan MADA Anjuran Bahagian Pengurusan Institusi Peladang MADA telah diadakan di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar pada 21 Mac 2016.

Seramai 227 peserta menyertai seminar ini termasuklah Pengurus-pengurus Wilayah MADA dan Pengurus Besar PPK MADA.

Pengurus Besar MADA, En Fouzi bin Ali berpendapat bahawa seminar ini merupakan satu usaha yang sangat murni dan sangat bermanfaat kepada peserta yang hadir dalam berusaha mengukuhkan PPK MADA.

Beliau yang juga wakil pendaftar PPK MADA percaya bahawa dengan pengukuhan PPK MADA dapat dijayakan melalui pemerkasaan sumber manusia di peringkat PPK di mana kakitangan PPK merupakan barisan hadapan yang bertemu peladang.

Tambah beliau, PPK memainkan peranan penting dalam menjayakan semua agenda transformasi di Kawasan Muda antaranya adalah sebagai pusat penyaluran bantuan kerajaan kepada peladang, pusat pengembangan dan khidmat nasihat pertanian dan pengairan selain menjadi pusat kegiatan ekonomi dan perniagaan PPK serta pusat kegiatan aktiviti sosial dan kemasyarakatan.

Beliau juga berharap kesemua PPK MADA mengamalkan sistem tadbir urus yang baik dalam menunjukkan pematuhan kepada peraturan dan undang-undang yang ditetapkan, gerak kerja yang telus, berakaunbilti tinggi serta responsif terhadap permasalahan yang dialami oleh peladang.

Katanya, demi mencapai sasaran hasil padi 7 tan per hektar, kakitangan di PPK perlu ditingkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan kpmpetensi dalam usaha untuk memupuk modal insan minda kelas pertama.

Selain daripada itu, nilai-nilai integriti seperti jujur, benar, amanah, adil, bertanggungjawab, telus, cekap dan bijaksana perlu dipamerkan oleh setiap kakitangan ppk dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Beliau berharap semua peserta yang hadir dapat mempraktikkan budaya kerja yang lebih positif dan bersemangat serta melipatgandakan usaha dalam mencapai sasaran pengeluaran purata hasil padi sebanyak 7 tan per hektar.

Dalam seminar ini turut diselitkan dua sesi ceramah dari Ketua Cawangan Pengurusan Sumber Manusia MADA, En Zulkifli bin Romli bertajuk Memperkasakan Sumber Manusia di Peringkat PPK dan wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pn Norhayati binti Mat Saman yang bertajuk Isu-Isu Tadbir Urus dan Integriti Peringkat PPK.

Comments are closed.