ALOR SETAR, 6 MAC – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah berjaya merangkul tiga gelaran juara dari lima kategori yang disertai oleh agensi tersebut sempena Temasya Sukan Sungai Negeri Kedah 2017 Kali Ke 84 bertempat di Tanjung Chali, Alor Setar Kedah.

Antara kategori yang membawa pulang piala juara oleh MADA adalah Johan Perahu Panjang Antara Jabatan dan Badan Berkanun, Johan Perahu Naga Tertutup Kedah dan Johan Perahu Naga Antara Negeri sekaligus mewakili Malaysia dalam Perahu Naga Antarabangsa yang mendapat tempat ketiga manakala naib juara bagi kategori Juara Antara Juara.

Temasya Sukan Sungai Negeri Kedah 2017 diadakan bersempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman, Tuanku Abdul Halim Mua`dzam Shah ke-89.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah, Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah telah berkenan menyampaikan piala kepada pemenag-pemenang sempena Temasya Sukan Sungai Negeri Kedah 2017.

Hadir berangkat sama ke temasya tersebut adalah anggota jemaah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah serta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

 

Comments are closed.